Rabu, 18 Januari 2012

PENGALAMAN DI GIATMARA





Aku pernah masuk Giatmara di Parit Sulong. Sambil menyelam minum air mencari ilmu kemahiran selepas berhempas-pulas menuntut ilmu di tingkatan 6.Aku daftar masa awal bulan januari tahun 2009. Giatmara Parit sulong adalah giatmara yang menawarkan khusus kemahiran kepada golongan belia yang ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran.

 Khusus yang ditawarkan seingat aku adalah Khusus Juruteknik komputer, khusus automotif,khusus juruteknik motosikal dak khusus yang aku sertai Khusus Elektronik Industri.aku cuma sempat masuk 6 bulan sahaja, sebab aku dapat masuk tawaran belajar di IPTS....Apa lagi masukla aku kat kolej tu.
 Tapi selama 6 bulan tu pelbagai ilmu yang aku dapat. Kemahiran,ilmu agama pada setiap hari Khamis
Suasana belajar yang seronok la aku rasa,dapat jumpa kengkawan yang pelbagai latar belakang dan berbeza pemikira, Yela macam keletah ada...seronok......hihi



Ini kengkawanku yang sempoi2 belaka.....Huhu Semasa gambar ini ditangkap aku sudah berada di kolej menyambung pengajian di IPTS. Kenangan yang tidak di lupa,Sedih aku tiada kat dalam gambar ni.....


Teringat kenangan aku dan kengkawan pergi Kuala Lumpur melawat Pusat Sains Negara dan Pusat Seni...Aku teringat corak rama-rama batik ...cantik ....berseni dan memikat hati....hihi.....

HEHEHE DATANG KE KUALA LUMPUR KE PUSAT KRAF
Malangnya tak sempat nak lari posing gambar dahhh ............. Aku ada sekali masa tu XOXO
MODE : >__< 



Aku ingin berkonsi kebaikan GIATMARA melalui satu blog http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/ iaitu:

 Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2011 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan pengambilan 2011 dijadualkan akan bermula pada bulan Jun ini.

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Berikut adalah senarai bidang latihan kursus yang ditawarkan. Jangkamasa program latihan sepenuh masa ini adalah antara 3 – 24 bulan.
Senibina
  • Industrial Maintenance
  • Building Maintenance
  • Seni Landskap dan Taman
Mekanikal
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Mekanik Industri
  • Tool and Die Technology
Pengangkutan
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal
  • Penyelenggaraan Enjin Marin
  • Pemasangan Gas Asli Kenderaan
  • Pemanduan Kenderaan Perdagangan
  • Juruteknik Servis Tayar
Pembuatan
  • Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman
  • Composit Technology
  • Boat Building and Repair
  • Teknologi Foundri
Elektrikal
  • Pendawai Elektrik
  • Penjaga Jentera Elektrik (AO/A1)
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Komputer Dan IT
  • Teknologi Sistem Komputer
  • Multimedia Design and Production
  • Graphic Design and Advertising
  • Teknologi Animasi
Elektronik / Mekatronik
  • Teknologi Elektronik Audio Visual
  • Elektronik Industri
Fabrik
  • Fashion and Dressmaking
  • Hiasan Dalaman
  • Master Cutter
Percetakan
  • Teknologi Percetakan
  • Dekstop Publishing Artist
  • Teknologi Fotografi
Kulinari
  • Masakan dan Pramusaji
  • Confectionary and Bakery
Hairdressing And Cosmetology
  • Seni Reka Gaya Rambut
  • Solekan dan Terapi Kecantikan
Hospitaliti
  • Child Care and Family Services
  • Holistic and Wellness SPA
Kursus-kursus latihan di atas tidak semestinya dijalankan di setiap Pusat GIATMARA. Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Program Latihan 1 Malaysia

  • Pihak GIATMARA juga menawarkan Program Latihan 1 Malaysia iaitu latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan.
  • Sila rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat lanjut.

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan Kemahiran Sepenuh Masa.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2010 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
      Fax : 03 2691 0249

WANITA DICIPTA DARI TULANG RUSUK LELAKI ?






 Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.


Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepada isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

(Sumber :  http://badrulhisham.net/wanita-dicipta-dari-tulang-rusuk-lelaki/)

INGAT 5 PERKARA SEMELUM MUNCUL 5 PERKARA





Wahai sahabat, mari kita ingat lima perkara sebelum lima perkara. Didunia ini hidup bagaikan putaran roda yang akan menuju destinasinya. Perkara yang perlu dingat adalah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1.     Sihat sebelum sakit

Sihat adalah anugerah yang paling istimewa bagi nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila jasmani sihat insan hendaklah berusaha melakukan sesuatau perkara yang bermanfaat dan marilah tingkatkan ibadat di kala sihat. Ketika sihat marilah insan melakukan ibadat fardu ain dan fardu kifayah dan amal jariah yang mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang-orang di sekeliling anda sebelum datangnya sakit.

2.     Muda sebelum tua

Muda juga adalah nikmat yang tidak terhingga kepada umat manusia. Pabila usia muda marilah berusaha mencari kemewahan dan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT. Jangan sesekali mengabaikan tanggugjawab kewajiban ibadat kepada Yang Maha Esa, pabila insan mengalami masa tua tidak lagi memikirkan panorama duniawi malah menumpukan ibadat sebelum menghadap Illahi.

3.     Kaya sebelum miskin

Pabila isan dianugaerahkan nikmat kemewahan hendaklah menafkahkan sebahagian kemewahan yang dianugerahkan kepada golongan yang memerlukan dan dengan sedekah insan akan mendapat keberkatan rezeki di dunia dan diakhirat. Hendaklah insan melakukan sedekah ikhlas kerana Allah SWT menyukai serta menjadi saham akhiratJangan sesekali menerbitkan aliran sukma yang tidak menunjuk-nunjuk dan riak….Jauhkan perasaan yang sebegiyu kerana boleh mendatangkan kekufuran atau kufur nikmat.
.
4.     Lapang sebelum sempit

Pabila dianugerahkan waktu lapang hendaklah insan mencari ilmu dan meningkatkan ibadat kedada Allah SWT. Setiap detik adalah bagaikan emas,jadi hargailah waktu lapang sebelum sempit. Sempit dimaksukan adalah waktu sibuk dengam urusan duniawi.

5.     Hidup sebelum mati.

Hidup adalah suatu anugerah yang sangat terindah yang diberikan oleh allah SWT kepada segenap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Pabila hidup inilah setiap insan perlu melaksanakan setiap tanggunjawab kepada Allah SWT dan urusan duniawi. Hidup adalah suatu nikmat yang tidak terhingga dan diuji oleh Illahi untuk mengujimkekuatan iman dan takwa. Marilah merebut saham akhirat dengan melakukan segala ibadat dan mengamalkam amar makruf nahi mungkar.Bila seseorang insan  telah kembali kea lam Barazah  hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.


Selasa, 17 Januari 2012

PUISI CINTA






Cinta,
Suatu anugerah yang istimewa,
Suatu cinta pelbagai definisi tersirat,
Yang sukar dimengerti,
Pabila hatiku berbicara,
Cintailah alam ini,
Cintailah insan yang memberi pengorbanan kepada dirimu,
Cintailah agamamu,
Cintailah Rasullullah saw,
Cinta yang paling utama cinta kepada Allah SWT...

Cinta,
Suatu fitrah,
Bagai bunga yang memerlukan lebah,
Supaya kitaran madu dapat dihasilkan,
Saling memerlukan,

Cinta,
Cinta sesama insan,
Menerbitkan kamus indah,
Dicintai dan mencintai,
Saling berkongsi,
Saling mengalir kaca cinta,
Saling tertawa berkongsi segalanya,
Cinta menyatu perasaan dua insan.

Cinta,
Suatu pemberian,
Suatu amanah,
Suatu perasaan yang tidak dapat dimenefrstasi dengan ilusi,
Istimewa di sanubari setiap insan,
Alangkah indahnya cinta,
Sayang.....

Nurkilan : Persona Bayu 2210

Isnin, 16 Januari 2012

FAKTA SAINTIFIK KAABAH YANG TIDAK DIKETAHUI







Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

(SUMBER: zaidimokhtar.com)

Ahad, 15 Januari 2012

Sayang Ibu






Sayang ibu menyusur ke syurga impian. Ibu adalah umpama pelangi yang menceriakan dan umpama rembulan di kala gelap serta lembayung suria yang menerangi alam. Syurga di bawah telapak kaki ibu .....Semainya cinta dan kasih seorang Kasihnya dan cintanya seorang ibu sejak menyemai anak dalam rahim sehingga menginjak dewasa.Ibu mencorakkan anaknya dengan lukisan kanvas kasih sayang , menatang anak bagai minyak yang penuh….dengan penuh kelembutan sanubari bonda adalah sahabat sejati. Setiap pengorbannya tidak terbalas dengan harta mahupun budi yang dicurahkan seorang anak setelah menginjak dewasa….Sayang ibu, cinta ibu, kasih ibu bak sebutir mutiara yang brada di dasar laut…sungguh istimewa dan sangat berharga…Namun  kasih ibu tetap kekal dan bak bunga yang mekar untuk selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Jumaat, 13 Januari 2012

SEJARAH AYAT KURSI DAN FADHILATNYA










[ Surah Al-Baqarah ayat 255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)




SEJARAH AYAT KURSI DAN FADHILATNYA

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a, Rasullullah SAW bersabda,” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT…
( Penulis : ZAHIRUDDIN)

7 PESANAN RASULULLAH SAW




Hadis berkenaan 7 wasiat Rasulullah saw agar umat Islam  mengamalkannya dalam kehidupan.
Wasiat Rasulullah saw Kepada Abu zar Al-Ghifari :
 Dari Abu zar r.a dia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) saw berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara :
(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka
(2) Beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku  dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku ( urusan keduniaan)
(3) Beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku
(4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)
(5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit
(6) Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah,
(7) Beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.

Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam ath-Thabrani, Imam al-Baihaqi.
Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan agar kita dapat mengamalkan kesemua wasiat Nabi saw ini dalam kehidupan seharian.


PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN




Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.
v  Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

v  Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
v  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi

v  Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

v  Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

v  Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

v  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

v  Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

v  Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

v  Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.


v  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.


Khamis, 12 Januari 2012

PANORAMA DI KEM YANG AKU SERTAI PADA TAHUN 2007

PLKN KEM REKREASI TELUK SARI KUMP.2 SIRI 4 2007

Seribu memori tidak akan aku lupakan. Pelbagai imbauam manis dan pahit keika aku membina semangat baru di Kem Teluk Sari Mersing...........Tatapan Kenangan Panorama di kem yang ku alami .....Mari saksikan >__<
 (Sumber gambar: Facebook Kumpulan Kem Teluk Sari K2 S4)

Aku dapat kem ni terbayang-bayang suasananya. Setelah pergi betapa takjubnya aku panorama yang cantik dan suasana yang selesa.Aku menyertai kem ini pada tahun 2007 kira-kira hampir tiga bulan aku alaminya...Aku terpilih masuk kumpulan Bravo(Biru)......betuah siapa yang dapat masuk PLKN.....




























HUJAN



Awan ,
Awan berarak di langit nan biru,
Putih bersih diselaputi langit biru,
pabila fajar meyingsing,
Langit biru berkompilasi citra merah jambu,
Awan,
Garisan putih melakar kanvas,
langit biru,

Lukisan alam bercanda bersama,
kumulus ,
kondensasi berlaku,
titis-titis suci jatuh,
merenyai tebaran kanvas alam,
ekosistem mengucap syukur,
kondensasi,
adalah anugerah...



Penerangan saintifik berkaitan hujan telah dibuktikan melalui petikan ayat Al-Quran:

"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)


CARA KHUSYUK DALAM SOLAT




Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]