Sabtu, 24 Mac 2012

Gaya SI COMEL :)

Kucing comel warna cantik,
Pelbagai gelagat mencuit hati,
Kucing istimewa lagi cantik,
Penawar sembuh untuk hati.

Sayang kucing di timang-timang,
Siapa sayang kucing?
Sayang kucing belailah kucing,
Istimewa cintailah kucing>>>>>>___<















(Sumber: Facebook kakimotong fun club dan Goggle)

RENUNGAN SEJENAK



Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu Ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh Kita melihat kedua tapak tangan Dan perhatikan garis-garis di tapak tangan Kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 Dan 1 dalam Bahasa Arab Dan tangan kanan 1 Dan 8 Dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa Kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk Dan nasi dengan tangan kanannya Dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last TU), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi Dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan Kita Ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg Ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), IA merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan Kita. Dua cecah garam dari jari Kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk Kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab IA adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir Dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut Kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria Dan racun Ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria Dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah Kita minum berdiri walaupun IA makruh tetapi IA makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan Kita minum dari bekas yg besar Dan jangan bernafas sedang Kita minum. Kerana apabila Kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya Kita akan meneguk air Dan dalam proses minum itu, Kita tentu akan bernafas Dan menghembuskan nafas dari hidung Kita. Kerana apabila Kita hembus, Kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, Dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika IA Ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali IA akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap IA akan memberi manfaat pada anda sekalian, Dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) Ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa IA terletak di Mekah al-Mukarramah Dan mengapa IA empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan Dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa IA empat persegi, IA melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana IA diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah IA memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi Dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama" 



(Sumber : FACEBOOK Noy Masran)

Malaikat & Peranan

    Nur dicipta oleh Allah,
Hamba Ilahi paling taat,
Tugasan diperintah tanpa keluh,
Mailaikat makhluk yang taat.

Syurga tempat yang abadi,
Malaikat hamba yang selayaknya,
Patuh pada suruhan Illahi,
Setiap malaikat punyai kelebihannya.



Percaya dan beriman kepada Malaikat adalah merupakan rukun Iman Yang Kedua.
Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat taat akan perintah Allah. Di jadikan daripada ‘NUR’ ataupun Cahaya. Tidak ada jantina samada lelaki,perempuan ataupun hunsa. Malaikat juga tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan juga tidak berkahwin. Bilangan Malaikat itu sangatlah banyak dan tidak dinyatakan dengan jelas cuma Yang wajib kita percayai dan beriman dengannya adalah sebanyak 10 sahaja.
Nama-nama Malaikat dan tugasannya.
1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah
2. Mikail - menurun rezeki / hujan
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat
4. Izrail - mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut)
5. Munkar 6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. 7 langkah sahaja orang hidup meninggalkan kubur yg baru ditanam lalu datanglah malaikat berdua ini
7. Raqib - menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan)
8. ‘Atid - menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri)
9. Ridhuan - menjaga pintu syurga
10. Malek - menjaga pintu neraka





Selalu

Eh,kok bley renung diri jadi singaa...
Kok bisa ya,
Ukur baju di badan sendiri deh.....




Selalu,
Selalu aku disini,
Selalu merenung sejenak,
Selalu menyusun canda,
Selalu tertitis titisan duka,
Selalu berangan sesuatu,
Selalu bercanda tawa,


Selalu ku merenung panorama,
Selalu berbicara dalam sukma,
Selalu memuji,
Selalu teruji,
Selalu termenung sesuatu tak pasti,
Selalu mentafsir benak sendiri,
Selalu musafir diri.

Selalu,
Selalu ku merindui,
Selalu ku sayang,
Selalu ku mekarkan perasaan ini,
Selalu ku merindu Illahi.

Selalu munasabah diri,
Selalu melihat gelagat insan,
Selalu mentafsir sesuatu,
Selalu aku berdiam diri....

Selalu,
Selalu menunaikan solat,
Selalu megingati Illahi,
Selalu ...........................



Nurkilan : Persona Bayu 2210

Jumaat, 23 Mac 2012

10 PEPASIR BIRU TERINDAH DI DUNIA



Hamparan biru alunan ombak,
Dimahkota bebutiran pasir memukau,
Pantai beralun bersama ombak,
Ciptaan Illahi yang memukau.

Samdera memapar kanvas terindah,
Insan terpesona gelora panorama,
Pantai adalah panorama terindah,
Tenangkan sukmamu bersama-sama..





Pantai merupakan sesuatu kawasan yang   terdiri dari pasir dan terdapat di daerah pesisir laut. Daerah pantai menjadi batas antara daratan dan perairan laut. Panjang garis pantai ini diukur mengeliling seluruh pantai yang merupakan daerah atau sempadan sesuatu kawasan.






Whitehaven - Australia



Whitehaven Beach membentang sekitar 6 km disepanjang Pulau Whitsunday Australia. Pulau ini dapat diakses dengan perahu dari pelabuhan wisata daratan Airlie Beach dan Shute Harbour, serta Hamilton Island. 7 kilometer dengan pantai pasir putih terbersih dan salah satu yang paling terisolir di dunia tentunya sudah pasti bisa mencukupi kebutuhan refreshing kita. Memakai kacamata hitam adalah keharusan di pantai Whitehaven saking putihnya pasir pantai ini.

Tulum Beach - Mexico

Seluruh Riviera Maya di Mexico dipagari dengan pantai kelas dunia dan Tulum Beach tidak terkecuali. Sejak abad ke-6 situs arkeologi telah berdiri tinggi di atas tebing yang menghadap beberapa pantai di Tulum. Dimana di Tulum Beach ini membentang bermil-mil pasir putih, dibingkai oleh hutan lebat dan dihiasi dengan Cabanas pantai, hotel, butik dan resor yang indah dan pantai yang berpasir putih, tenang dan relax diiringi oleh background piramid mayan. Tulum Beach merupakan salah satu resort pertama yang ada di Mexico dan mungkin dari ratusan tahun sebelumnya juga sudah dipakai oleh Bangsa Maya sebagai resort.



Mnmbe Lodge - Tanzania

Mnmbe Lodge merupakan pantai terindah di Benua Africa, yang terletak di Tanzania. Pulau Mnemba Lodge ini terletak di pulau pribadi Mnmbe, hanya 4,5 kilometer (2.8 mil) dari dari ujung utara-timur Zanzibar. Pulau Mnemba Lodge dikelilingi oleh terumbu karang di Samudera Hindia dengan pemandangan yang romantis, eksklusif dan mewah. Pantai dengan nuansa pedesaan yang indah untuk menikmati keindahannya yang tak tertandingi di pulau ini tanpa alas kaki sekalipun.





Lanikai Beach - Hawaii

Lanikai Beach terletak di Lanikai Hawaii pinggiran Kailua. Lanikai Beach termasuk bilangan pantai yang terbaik di dunia. Berdekatan dengan Lanikai Beach adalah daerah perumahan terutama kelas atas, karena ini hanya dapat diakses melalui jalan akses publik. Pantai ini tidak begitu besar, tapi merupakan pantai dengan air terjernih dan terbiru di hawaii. Lengkap dengan pemandangan dua pulau kecil di kejauhan yang bernama Mokuluas.






Fernando de Noronha - Brasil

Fernando de Noronha merupakan nama kepulauan yang terletak di Samudra Atlantik, terletak 354 km dari pantai timur Brasil. Pulau ini merupakan munisipalitas (distrito estatal) di negara bagian Brasil, Pernambuco. Fernando de Noronha - Brasil merupakan pantai yang paling indah di dunia dan merupakan “the most beautiful 
marine park in the World”.




Maldives Islands - Republik Maladewa

Maldives Islands terletak di Republik Maladewa. Maldives Islands merupakan sebuah pulau tropika dengan dihiasi pohon-pohon pamela  dan pantai putih bersih dikelilingi oleh kristal laguna dari berbagai nuansa biru Kepulauan Maladewa. Memang itu bukan tanpa alasan bahwa Kepulauan Maladewa telah digambarkan sebagai bunga Hindia oleh Marco Polo dan salah satu keajaiban dunia oleh Ibn Batuta.




Anguilla - Karibia


Pantai Anguilla adalah bahagian dari pantai Karibia terletak di sebelah timur Puerto Rico. Pantai Anguilla memiliki pulau-pulau kecil yang dilengkapi dengan resort mewah dan berstandar tinggi. Pantai Anguilla terdapat segalanya, keindahan, ketenangan, kebersihan, modern, lengkap dengan kehidupan pulau kecilnya yang benar-benar “caribbean”.

Boracay - Filipina

Boracay adalah sebuah pulau tropika yang terletak hanya sekitar 315 kilometer dari selatan  Manila dan dua kilometer dari hujung barat laut pulau Panay di Visayas Barat Daerah dari Filipina. Pulau Boracay adalah salah satu pulau yang terbaik di kepulauan Filipina dan dinyatakan sebagai pulau yang paling indah di seluruh dunia. Keunikan pantai ini adalah tidak terdapatnya batu karang dan juga rumput laut, sehingga anda bisa bermain-main di pantai tanpa takut menginjak karang dan terlilit rumput laut. Selain itu anda juga boleh berenang dengan nyaman karana air lautnya sangat tenang dan tidak berombak.





Horseshoe Bay - Bermuda


Horseshoe Bay merupakan pantai paling terkenal di Bermuda. Sebuah panorama popular , terletak di selatan pulau utama pantai (Atlantic Ocean),  dari Southampton. Pasir pantai ini sangat halus dan menampilkan warna merah muda. Bermuda merupakan salah satu tempat termahal untuk bersantai pantai di dunia ini. Tapi itu tidak menghalangi ramai pelancong datang mengunjungi pulau ini setiap tahun. Cuaca yang bersahabat,ombak yang tenang.air yang mendamaikan dan panorama samudera dengan pepasir merah muda di  Horseshoey bak tiada tandingannya di dunia.





Kondoi, Coral beach - Okinawa Jepun

Kondoi, Coral beach. Pulau Okinawa di negara Jepun suatu pulau  teraman di dunia. Pintu rumah penduduknya saja tidak pernah terkunci dan 3 dari 10 orang tertua di dunia tinggal di kepulauan ini. Hasil dari suasana perkampungan  yang indah berpadu dengan pantai-pantai indah.



(SuMber: 
http://blog-ansyari.blogspot.com/2012/02/10-pantai-terindah-di-dunia.html )










Isnin, 19 Mac 2012

CANDA-BERCANDA





Pabila pemadam memadam kesilapan,
Pensil mencoret perkara baru,
Setiap insan melakukan kesilapan,
Setiap hari berlaku perkara baru.

Patah ranting berganti tunas,
Patah hati siapa yang tahu,
Pabila rasa cinta bertunas,
Cinta pada Illahi semua tahu.


Ilham sukma belaian impian,
Terbit mentari cita-cita,
Usaha untuk menunai impian,
Disulami dengan niat usaha.

Pabila burung bercanda ria,
Pabila dedaun jatuh melayu,
Pabila hati bercanda suka,
Pasti ada sukma berduka.

Tenang-tenang lopak air,
Jangan disangaka tenang sahaja,
Hari-hari hati berair,
Pabila terjatuh bangun semula.

Ilham : persona bayu

Sabtu, 17 Mac 2012

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Suria jingga pesisir fana,
Kokokan ayam sahut-sahutan,
Solat itu tiang agama,
Jangan sesekali solat ditinggalkan.

Nikmat ketenangan ketika solat,
Waktu solat ada lima,
Manfaat banyak amalan solat,
Menyembah Allah Maha Esa.




Subuh – 
Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan

Sedarlah Allah SWT adalah Tuhan yang wajib disembah. Solat 5 waktu adalah suatu kewajiban.Jangan lalai hanya kerana dunia yang sementara hidup di akhirat adalah kekal abadi. Marilah dirikan tiang agama dan binalah tembok dengan kukuhkan lagi ibadat sunat dan membaca Al-Quran dan Hadis serta mengamalkannya. Hamba yang kerdil disisi Illahi.......Solat paling utama dan semasa dihisab solat adalah soalan pertama yang akan ditanya.......
********
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Sumbangan: “Pak Syaikh” dari Kluang/Pasir Gudang Johor