Ahad, 16 September 2012

MASJID INDAH


Masjid merupakan tempat hamba-hamba melakukan ibadat kepada Allah SWT.Masjid juga tempat menjalin tikar ukuwah antara umat Islam sesuatu kawasan malah di seluruh dunia dan melakukan aktiviti menyebar ilmu dakwah kepada seluruh umat .Suatu suasana yang tenang akan terasa apabila pencaindera melihat keindahan setiap reka bentuk masjid yang menenangkan dan sejuk hati terasa. 


Mari meninjau keindahan rumah Illahi seantero dunia. 
Masjid al-Haram (The Holy Mosque) – Saudi Arabia
Masjid Nabawi – Saudi Arabia
Mosque in Brunei
Putrajaya Mosque on Water – Malaysia
The Umayyad Mosque – Damascus
Ubudiah Mosque in Kuala Kangsar
Faisal Mosque – Pakistan
Jame Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei
Jumeirah Grand Mosque, Dubai
The Putra Mosque in Putrajaya, Malaysia
UAE – Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan Mosque in Abu Dhabi
Turkey – Brand New Day over The Blue Mosque (Sultan Ahmet Camii) in Istanbul
Crystal Mosque, Malaysia
Schwetzinger Mosque from Germany
HOLY GOLDEN MOSQUE – Singapore
Sehzade Mosque (Istanbul) Turkey
Holy Makkah – Saudi Arabia
Saudi Arabia – Evening prayer at Floating Mosque in Jeddah
Lao Huasi sufi mosque in Linxia, China
Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain
Grand Mosque – a.k.a. Sheikh Zayed Mosque
Shahjahan Mosque – Pakistan
Petronas Twin Towers – Kuala Lumpur Malaysia
Mosque on Mirror
The Omayad Mosque and full moon – Syria
Bahrain Grand Mosque
Cairo · Muhammad Ali mosque #1
Badshahi Mosque
Tooting Mosque, London
Stormy weather over the mosque. Paris, France
Zahir Mosque, Malaysia
Ubudiah Mosque (in mono and square)
Masjid Sultan (Sultan Mosque) Singapore
The Blue Mosque from Hagia Sophia
THE MOSQUE

The largest Mosque in India
Masjid Al-Hassan II, Casablanca, Morocco
Largest Mosque in North America
 
Alnour Mosque Sharjah
Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei






















(Sumber : http://kartikel.com

Selasa, 11 September 2012

JASA GAJET SAYA

Telefon........Telefon ............Telefon........!!!!!!!!!!!!!

Entry kali ini aku nak bercerita zaman aku mengenali henfon. Dulu aku kenal telefon bimbit masa abah aku beli henfon terpakai dan abah aku kelek-kelek telefon ni sampai pandai. Teringat lak aku dengan gaya abah aku yang sempoi tu......

Aku masa zaman dulu masih di kampung jadi selalu pakai telefon awam minta tolong abah jemput aku dari sekolah. Abah aku sudah mahir menggunakan telefon bimbit ini sehingga beberapa kali tukar henfon pelbagai jenama tetapi dia masih setia dengan jenama NOKIA. HeHeHe

Zaman sekarang merupakan zaman teknologi dan inovasi. Berpusu-pusu jenama telefon antarabangsa melakukan inovasi produknya macam-macam rekaan yang menarik dari yang berlipat sehinggalah mengunakan aplikasi sentuhan.

Ok lah. Aku ingin bercerita macammana aku memiliki henfon dari zaman PLKN sehinggalah kini. Mula-mula aku balik rumah cuti dari kem PLKN zaman 2007 masa tu. Aku kelek-kelek telefon tu lalu aku belilah kad sim telefon, nak tau telefon apa yang aku bawa. Ni diaaaaaaaaaa



Hehehe......cenggini je telefonnya. Zaman wirawati tu la telefon masa aku pakai. Ni pun telefon abah aku juga.


Lepas berapa tahun pula, masa aku tingkatan 6 Bawah, aku ada terbelilah telefon baru. tak pakai pon mastu sahaja ja melaram nak ada juga. Jeles kawan sekelas ada telefon. HaHaHa. Nak tahu telefon apa. Ni haaaaaaaaa


Siap beli cover ungu lagiiiiiiiiiiii







Kemudian masa aku berada di zaman Giatmara. Aku ingat masa tu aku tidak pakai telefon. Aku menyambung pelajaran di Kolej Teknologi Alpha. Semasa tayar kancil pergi ke Seremban mak dan abah pergi ke Terminal 1 di bandar Seremban bersama aku, aku jalan-jalan tetiba abah aku usha telefon untuk aku tapi?????????? budget tidak cukup.

Aku fikir susah juga jika tiada telefon macam mana ingin melepas rindu dengan keluarga. Esoknya aku pergi ke bandar Seremban megeluarkan wang dari ATM dari elaun Giatmara.. Nasib baik petang itu juga ada mak cik baik menumpangkan aku dan kawan baru menuju  ke JUSCO, jadi aku usha-usha telefon baru, citarasa mestilah yang ada kamera. Tetapi budget tidak mencukupi, lalu ada satu model NOKIA yang dapat dibeli dengan
harga budget aku, lalu aku membeli dan 2 tahun juga telefon ini berjasa kepadaku.


 Nak tau kisah telefon ni boleh rosak. Suatu senja yang sunyi aku dan kawanku lepak-lepak di blok kawasan asrama kolej. Telefon NOKIA ini sudah lama malah aku makin tukar cover warna biru, lepas tu jari aku tertekan skrin telefon sampai pecah. Kuat juga jari aku ni......HuHuHu......Kelam-kabut aku pabila telefonku rosak. Nasib baik boleh didail walau skrin nya rosak .

Aku pinjamlah telefon kawanku buat sementara. Kemudian semester baru aku dapat PT aku dan rakanku usha-usha ke kedai telefon di Terminal 1 , Seremban. Aku ingin beli satu model baru tetapi aku fikirkan kos melepas. Jadi dapatlah satu telefon bimbit SONY ERRISON SPIRO.

Bolehlah yang penting aku ada telefon baru untuk melepas rindu dengan keluarga. Mestilah telefon ini ada kamera.
 







Comel. Berjasa walau sementara.

Setiap telefon yang aku miliki mesti ada kamera sebab aku suka tangkap gambar. Ini gambar masa aku miliki telefon bimbit comel SPIRO. 
















Setelah beberapa bulan aku menggunakan telefon ini, aku terpaksa melabur demi kerosakan yang dialami oleh Si SPIRO ni. Aku dan kawanku pergi ke kedai repair telefon bimbit di Terminal 1 sempat lagi aku beli aksesori baru untuk gajet ini. Cantik juga sehingga terbengkalai di dalam laci  meja adik aku sehingga kini. 



Kini setelah SI SPIRO ini rosak aku menggunakan kembali telefon bimbit jenama NOKIA. Telefon ini tahan lasak sehingga kini masih mampu jariku menekan dengan cerianya. Mestilah ada kamera juga . 









Telefon ini masa aku ambil gambar di Teluk Biru, Port Dickson. Jom jenguk gambar pantai hanya guna model NOKIA.













Cantik juga guna telefon ni. Aku tiada bakat seperti photographer profesional setakat cilok-cilok je. XoXoXo

Walau apa pun teknologi yang anda gunakan jangan anda menyalahgunakannya. Aplikasikan segala gajet yang terkini dengan aktiviti yang berfaedah.




Cayalah gambar pakai NOKIA yang ini 


( Sumber : Google Images, lappyku dan Persona Lestari )