Aku pernah masuk Giatmara di Parit Sulong. Sambil menyelam minum air mencari ilmu kemahiran selepas berhempas-pulas menuntut ilmu di tingkatan 6.Aku daftar masa awal bulan januari tahun 2009. Giatmara Parit sulong adalah giatmara yang menawarkan khusus kemahiran kepada golongan belia yang ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran.
Khusus yang ditawarkan seingat aku adalah Khusus Juruteknik komputer, khusus automotif,khusus juruteknik motosikal dak khusus yang aku sertai Khusus Elektronik Industri.aku cuma sempat masuk 6 bulan sahaja, sebab aku dapat masuk tawaran belajar di IPTS....Apa lagi masukla aku kat kolej tu.
Tapi selama 6 bulan tu pelbagai ilmu yang aku dapat. Kemahiran,ilmu agama pada setiap hari Khamis
Suasana belajar yang seronok la aku rasa,dapat jumpa kengkawan yang pelbagai latar belakang dan berbeza pemikira, Yela macam keletah ada...seronok......hihi
![]() |
Ini kengkawanku yang sempoi2 belaka.....Huhu Semasa gambar ini ditangkap aku sudah berada di kolej menyambung pengajian di IPTS. Kenangan yang tidak di lupa,Sedih aku tiada kat dalam gambar ni..... |
Teringat kenangan aku dan kengkawan pergi Kuala Lumpur melawat Pusat Sains Negara dan Pusat Seni...Aku teringat corak rama-rama batik ...cantik ....berseni dan memikat hati....hihi.....
![]() |
HEHEHE DATANG KE KUALA LUMPUR KE PUSAT KRAF Malangnya tak sempat nak lari posing gambar dahhh ............. Aku ada sekali masa tu XOXO MODE : >__< |
Aku ingin berkonsi kebaikan GIATMARA melalui satu blog http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/ iaitu:
Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.
Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2011 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan pengambilan 2011 dijadualkan akan bermula pada bulan Jun ini.
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
- Bumiputra
- Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat
- Berminat dengan bidang yang dipohon
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.
Bidang Latihan Kursus
Berikut adalah senarai bidang latihan kursus yang ditawarkan. Jangkamasa program latihan sepenuh masa ini adalah antara 3 – 24 bulan.
Senibina
- Industrial Maintenance
- Building Maintenance
- Seni Landskap dan Taman
Mekanikal
- Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
- Mekanik Industri
- Tool and Die Technology
Pengangkutan
- Teknologi Automotif
- Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
- Teknologi Motosikal
- Penyelenggaraan Enjin Marin
- Pemasangan Gas Asli Kenderaan
- Pemanduan Kenderaan Perdagangan
- Juruteknik Servis Tayar
Pembuatan
- Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman
- Composit Technology
- Boat Building and Repair
- Teknologi Foundri
Elektrikal
- Pendawai Elektrik
- Penjaga Jentera Elektrik (AO/A1)
- Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Komputer Dan IT
- Teknologi Sistem Komputer
- Multimedia Design and Production
- Graphic Design and Advertising
- Teknologi Animasi
Elektronik / Mekatronik
- Teknologi Elektronik Audio Visual
- Elektronik Industri
Fabrik
- Fashion and Dressmaking
- Hiasan Dalaman
- Master Cutter
Percetakan
- Teknologi Percetakan
- Dekstop Publishing Artist
- Teknologi Fotografi
Kulinari
- Masakan dan Pramusaji
- Confectionary and Bakery
Hairdressing And Cosmetology
- Seni Reka Gaya Rambut
- Solekan dan Terapi Kecantikan
Hospitaliti
- Child Care and Family Services
- Holistic and Wellness SPA
Kursus-kursus latihan di atas tidak semestinya dijalankan di setiap Pusat GIATMARA. Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.
Kemudahan
Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
- Latihan percuma
- Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
- Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
- Sukan dan Rekreasi
- Sijil Kemahiran GIATMARA
- Sijil JPK (di mana berkenaan)
- Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
- Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di Borang Permohonan Latihan GIATMARA
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
Program Latihan 1 Malaysia
- Pihak GIATMARA juga menawarkan Program Latihan 1 Malaysia iaitu latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan.
- Sila rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat lanjut.
Maklumat
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
- Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan Kemahiran Sepenuh Masa.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2010 sebagai panduan.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
- Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA MalaysiaTingkat 4 Bangunan Medan MARA21 Jalan Raja Laut50609 Kuala LumpurTelefon : 03 2691 5111 sambungan 3402Fax : 03 2691 0249e-mail : pel@giatmara.edu.my