Khamis, 5 April 2012

CARA MENDUKUNG BAYI KETIKA SOLAT..

Cantik sungguh wajahmu,
Lagi indah akhlakmu,
Terpuji definisi namamu,
Rasullulah saw idolaku.


Cantiknya Islam,
Islam adalah Ad-Din,
Indahnya Islam,
Dapat memudahkan kehidupan..






1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin @ pampers yang bersih)

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat
bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri

4. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

5. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian didukung kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

6. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai


Dalil:

Daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h. beliau berkata:
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يَؤُمُّ النَّاسَ وأُمَامَةُ بِنْت أبِي العَاص وَهِيَ ابنَةُ زَيْنَبَ بِنْت النبي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِن السُّجُوْدِ أَعَادَهَا.


Maksudnya:
Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula. (Riwayat Muslim)



Merujuk kepada hadis Rasulullah saw yang pernah bersolat dengan mendukung cucunya Hasan, yang mana Rasulullah saw akan mendukungnya dan meletakkanya ketika sujud serta mengambil kembali ketika bangun daripada sujud sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Al-Ansari , Maka secara umumnya perbuatan mendukung anak yang belum mumaiyiz adalah dibolehkan


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Muhammad SAW kekasih Allah,
Penghulu segala Nabi,
Kita hamba Allah,
Nabi Muhammad saw insan terpuji.

Betapa besar pengorbanmu,
Berjuang ke jalan Allah,
Cinta baginda kepada umatnya,
Mari kita berjihad fisabilillah...




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi M
uhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kredit to : Mohamad Asyraff



Rabu, 4 April 2012

APA ITU KECANTIKAN WANITA

Lemah lembut sopan santun,
Dalam kelemahan ada ketegasan,
Wanita adalah seorang penyantun,
Walau lembut ada ketegasan.

Mata wanita cantik belaka,
Wanita solehah penghias dunia,
Wanita solehah idaman belaka,
Itululah idaman pendamping jejaka..

>___<







Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU







1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.






6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!


(Sumber: Facebook Islam Itu Indah)

Selasa, 3 April 2012

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Babi

Hamparan hijau terasa aman,
Lembu pula berlari-lari,
Makanan halal wujud keberkatan,
Makanan haram perlu dijauhi.

Dunia hanyalah sementara,
Hidup akhirat kekal abadi,
Mari mengenal beza,
Antara daging lembu dengan babi.....







Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan te
kstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.



4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE


(SUMBER: FACEBOOK ANDA BUAT ANDA Dapat)

Isnin, 2 April 2012

KeIndahan Pancaindera....








Mata-mata mengoda jiwa,
Pabila melihat alam cantiknya,
Mata yang indah tenangnya,
Jagalah matamu melihat panoramaNya..

Cantik panahan pandangan pertama,
Boleh merngegar jiwa lagi,
Mata cantik pelulah dijaga,
Pabila pelihara matamu lagi.....


INDAHHHHHHHH


Cantik mata-mata ni.Suka pabila melihat keindahan mata seseorang.Kadang-kadang cemburu juga dengan orang bermata cantik ni.Namun aku bersyukur dengan mataku sendiri...


Matakuuuu hehehehehehh

JOm tengok gambar mata2 yang indah nieeee










Ada sikit pasal mata ni. ADa fungsinya juga........>________<

Berikut adalah bahagian mata dan fungsinya.
BAHAGIAN MATAFUNGSI
Gelemair ("VITREOUS HUMOR") dan Gelemacamembantu dalam pemfokusan imej
Kornea ("CORNEA')bahagian lutsinar di hadapan mata yang membenarkan sinar masuk
Irismenyebabkan anak mata ("PUPIL") membesar atau mengecil - mengawal amaun cahaya masuk ke dalam mata
Otot Siliaboleh mengendur-kanta mata menipis
boleh mengecut-kanta mata menebal
Kanta Mata ("LENS")memfokuskan sinar cahaya yang masuk
Retinabahagian dimana imej terbentuk. Ia mengandungi sel optik
Saraf Optik ("OPTIC NERVE")mencetusdan menghantar impuls ke otak untuk ditafsirkan


(Sumber:http://ckeynj.blogspot.com/2010/12/nota-sains-tingkatan-4-bab-7.html)




Keratan rentas mata......









Lagi3????????????
>>>
>>>>>
..............
>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>
.................................................
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
????????????????????????
>>>>>>>>>>>>>>>>>
____________
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;
???????????????????
<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.,
>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
JENG3::::
????????????????????????
<<<<<<<<<<<<<
>_______________________________<
!
!
!
!
!
!



Heheheheheheheeh
MATA KUCINGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!
>___<
@PEACE@
;)





YANA PERGI ROMBONGAN

Jom aku mahu cerita suatu pengalaman masa adik aku pergi 'oversea'. Tidak lah jauh mana pun,kat Selatan Johor ini saja. Lalu jambatan kat Selat Tebrau sudah tiba.Adik aku seorang yang bijak sebab dapat PMR dengan cemerlang dengan daya usaha dan bantuan Allah SWT jua. Jeles aku nihhh.....

Adik aku cerita seronok pergi kota Singa. Ye la aku tak pernah pergi pon.........>O<......Cemburunya aku....he3...adik aku cakap seronok sesangat dapat mengalami pengalaman melawat di Taman Sentosa. Tempat tu indah dan permai la katekan.....he3

Mari lihat gelagat adik aku di Kota Singa nihhhhh.............



Muka selamba nak jalan2
Pandai gak adik aku snap....nampak Pulau dari Tambak....>__<

Kota Canggih dan Moden. Belanja lagi laaaaaaaaaaa

Cantik3


Tasik Mimpiiiiiiiii (Translate Goggle yang kateeee) 

Indah juga buatan manusia tapi lagi menajubkan untuk ciptaan Tuhan.....

Tesergam Indahhh arca Tu....

Gaya Selamberrrr...>____<

Cantikkk gak kan3

Pandainyeeeeeee fokus snap tuuuuu  >O<

Adik aku tererrrr.Tak gayat pon siap snap2 lagi....

Guru-guru yang berposing sakannnn...>___<

Tak nak mandii kerrrrr...........

Mentari terbenam di Kota Singa.
(Sumber: Adik aku yang ceritaaaa hehehehehh)

Aliran Indah & Terpanjang di Fana Ini....

Aliran menghijau ditepian tebing,
Kicauan unggas beterbangan riang,
Pabila daku melihat tebing,
Sukmaku terasa aman tenang.

Sungai sumber utama makhluk,
Cantik panorama setiap sungai,
Setiap sungai sangat cantik,
Mari menghayati aliran sungai....>____<

Sungai Amazon
Bermula dari aliran glazer tasik Fed di Peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin dan berakhir di Lautan Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 batu.

Sungai Nil

Sungai terpanjang di Dunia, Sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat Mesir ini berhulu di Tasik Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 batu.





 Sungai Mississippi

Sungai terpanjang kedua di benua Amerika. Alirannya bermula dari daerah pergunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Mexico dengan panjang keseluruhannya mencapai 3713 batu.

Sungai Yangtze

 Sungai terpanjang di daratan China, Sungai Yangtze atau sungai Chang Jiang, mengalir dari datarantinggi Tibet hingga bermuara di laut China. Panjang keseluruhannya mencapai 3602 mil.

Sungai Ob

Aliranya bermula dari gunung AltaiRusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhannya mencapai 3459 batu. 

Sungai Huang He

 Digelar juga sebagai Sungai kuning, Aliranya bermula dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bahagian barat, panjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 batu. 
Sungai Yenise

Berhilir di Gunung Tannu-Ola di daerahTuva barat, Rusia, dan bermuara di samudera Artik, dengan panjang keseluruhannya mencapai 2800 batu. 

Sungai Parana

Sungai ini terletak di Paraguai, alirannya bermula dari pertemuan antara Sungai Paranaiba dan Sungai Grande, dan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 batu.

Sungai Irtish 

Sungai ini besumber di daerah pergunungan altai di rusia, dan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungaiterpanjang peringkat 5) dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 batu


.

Sungai Congo

Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya bermula dari jalur pertemuan sungai Lualap dan SungaiLuapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 batu.