Khamis, 15 Mac 2012

TAMPAN

Wajah hanya anugerah sementara,
Bayangan budi lebih utama,
Jejaka tampan anugerah sementara,
Bayangan akhlak mulia lebih utama.

Sinar wajah dihiasi wuduk,
Sinar jejaka dihiasi akhlak,
Sempuna ibadat dengan wuduk, 
Lebih berharga mulia akhlak.



Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tanpa keimanan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika kelak dilaknat Tuhan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hari-harinya tanpa amalan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak ada Al Qur’an yang lekat dalam ingatan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tidak memburu keridhoan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hatinya dikotori kebanggaan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak punya kehormatan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika matanya masih meliar dan tak mampu tundukkan pandangan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak bisa mengendalikan hawa nafsunya
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hanya untuk tonjolkan pesona dan memikat wanita
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika enggan mematuhi suruhan Allah dan malah bangga dengan dosa-dosa
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika akhirnya nanti mendapat siksa di neraka


Ketampananmu tak bererti kerana ia tak menjamin kamu diredhai
Ketampananmu tak berguna, kerena seseorang masuk surga bukan kerena tampannya rupa.

Ketampananmu pasti akan pudar dan hilang seiring waktu yang berjalan. Sedang apa-apa yang engkau lakukan akan abadi dan pasti dimintai pertanggungjawaban oleh Ilahi.

Ketampananmu tak akan bisa menjadi pembela saat engkau dihadapkan pada pengadilan Yang Maha Esa.

Ketampananmu tidak akan pernah bisa menjadi pemberat amal-amal kebaikan di mizan. Tak juga bisa meringankan azab yang ditimpakan di hari kemudian.
Ketampananmu hanya pemberian yang tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian.

Cuba lihatlah Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yang hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yang pincang, lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan kebutaan penglihatan.

Mereka mulia di sisi Robb mereka, Rasulullah mengakui keutamaan mereka. Bukan karena tampannya rupa, bukan pula karena sempurna anggota badannya. Namun semuanya karena kesetiaan pada ikrar syahadat yang diucap, kepatuhan pada aturan syariat, melaksanakan kewajiban tanpa keengganan, dan ketaqwaan yang menghunjam sanubari tanpa lekang.

Tidakkah kau belajar pada Yusuf ‘alaihissalam ketika dia digoda untuk berzina ia menolak seraya berkata, “Aku berlindung kepada Allah…” Dan ketika wajah tampannya menarik kaum wanita dia sampai berdoa, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai dari pada memenuhi ajakan mereka kepadaku…”

Tidakkah kau perhatikan perkataan Umar bin Abdul Aziz saat seorang sahabat lamanya -Muhammad bin Ka’ab Al qardhi- menyatakan keheranannya atas penampilan Umar yang berubah setelah menjadi khalifah. Padahal saat Umar menjadi gubernur Madinah tubuhnya indah dan subur, dan setelah menjadi amirul mukminin Umar menjadi kurus, sederhana dan bersahaja. Umar berkata menjawab keheranan Ka’ab, “Bagaimana kalau kau lihat aku di kuburku tiga hari setelah kematianku saat kedua mataku tanggal pada pipiku, dari hidung dan mulutku mengalir cacing dan nanah. Tentu saat itu engkau akan sangat ingkari aku lebih dari pengingkaran dan keherananmu saat ini.”



Wahai pemuda yang bangga dengan ketampanannya…
Wahai pemuda yang sibuk dengan penampilan lahirnya…
Wahai pemuda yang terlena dengan pandangan dan pujian manusia…

Jangan lagi tertipu akan kefanaan dan kenikmatan tanpa keabadian. Bersegeralah menuju penghambaan yang akan memberi keberuntungan. Apa yang akan kau banggakan saat kematian telah menjelang, apa yang akan kau persembahkan.

(Sumber : Facebook Jie Mutazzar Isyraq)


Rabu, 14 Mac 2012

10 Jenazah Mulia





Setiap makhluk dikurnia nyawa,
Sekali sahaja peluang hidup,
Mari beramal selagi bernyawa,
Hargailah masa selagi hidup.

Sepuluh Jenazah tidak reput,
Harum mewangi dimulia Allah,
Itulah tanda amal ibadat,
Pengorbanan mulia dikasihi Allah.


Hidup hanya sekali,
Hidup abadi di akhirat nanti.

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR. 


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

(Sumber:Facebook)


Selasa, 13 Mac 2012

7 CIRI-CIRI KEDIAMAN YANG TIDAK DIMASUKI MALAIKAT


Sinar suria menerangi kediaman,
Kediaman merupakan syurga dunia,
Malaikat melihat sesuatu kediaman,
Masuk kediaman untuk melihatnya.

Pabila malaikat tidak suka,
Dimasuki rumah ada patung,
Malaikat tidak akan suka,
Jikalau rumah terdapat penghalang.



Mari ketahui kriteria-kriteria kediaman yang tidak dimasuki malaikat Rahmat.Malaikat Rahmat tidak suka ;)

Pertama : Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan.
Sesungguhnya menghubungkan silaturrahim adalah wajib manakala memutuskannya pula adalah satu maksiat dan berdosa besar.

Kedua : Rumah orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.
Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Adapun derhaka terhadap kedua ibu bapa itu adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah
Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya keredaan Allah Subhanahu Wata'ala adalah terletak pada keredaan kedua ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala adalah terletak pada kebencian kedua ibu bapa terhadap anaknya.

Ketiga : Rumah orang yang memakan harta anak yatim.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :"Dari Abi Hurairah Radiallahu anhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan yang baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya".
(Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

Keempat : Rumah yang mempunyai anjing.
Islam adalah agama yang menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan terdapatnya najis pada sekeliling atau persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing ataupun seumpamanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda maksudnya : "Dari Abi Talhah katanya : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang terdapat di
dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya rupa patung-patungan".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Kelima : Rumah yang mengadakan suatu majlis yang tiada di dalamnya mengingati Allah.
 Adapun sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikirullah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir
dan sebagainya dan tidak juga diisi dengan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya pula syaitan dalam majlis tersebut.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tidaklah suatu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala".
(Riwayat Al-Imam Ahmad)

Keenam : Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. 
Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya. Bagi setiap Muslim dan Muslimah mestilah sentiasa memelihara atau menjaga lidahnya daripada setiap kata atau ucapan melainkan yang jelas ada manfaatnya. Di antara rahsia di sebalik menjaga lidah itu ialah memudahkan Malaikat Rahmat mendekatkan diri kita dan datang berkunjung ke dalam rumah kita. Orang yang celupar lidahnya,
suka memaki hamun, mencela dan mengutuk tidaklah disifatkan sebagai orang yang beriman sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Abdullah telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Seorang yang beriman itubukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya".
(Riwayat Al-Imam At-Termizi)

Ketujuh : Rumah orang-orang yang dilaknat.
Di antara golongan yang dimaksudkan itu ialah orang yang terlibat dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau
menipis alis mata, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

(Sumber: Facebook)



RUMAhKu SyuRGAku @__@



Sabtu, 10 Mac 2012

Aku :)








Setiap hari ku menuntut ilmu,
Pelajari sesuatu yang baru,
Setiap hari aku menapak lalu,
Baru aku tahu apakah itu ilmu.

Insan yang ku kenali,
Insan yang ku lihat,
Insan yang aku mengerti,
Setiap kelainan personaliti.

Aku yang berdiri,
Aku yang duduk,
Aku yang berlari,
Aku yang perasaan sendiri.

Aku telah jatuh,
Aku telah bangun semula,
Aku jatuh semula,
Aku bangun dengan jaya.

Aku kuat berangan,
Dari angan terbit cecita,
Aku melangkah dari anganan,
Untuk beroleh gapaian cita.


Nrkilan:PErSona BaYu 2210

PERIHAL SIFAT 20 ILLAHI....


Sifat-sifat Allah SWT ,
ALLAH Ilahi yang Esa,
Hanya satu Hanya Allah SWT,
Kenali sifat Illahi yang Esa.

Indahnya alam ini,
Ciptaan Allah Maha Pencipta,
Kerdilnya kita disisi Illahi,
Mari tahu Sifat Illahi.




v       Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

v       Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

v       Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

v       Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

v       Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

v       Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

v       Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

v       Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

v       Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.

v       Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

v       Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

v       Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

v       Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

v       Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

v       Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

v       Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.


v       Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

v       Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
v       Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

v       Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.



ALUNAN KETENANGAN


Butir bicara dihisai kalimah suci,
Menenangkan hati yang resah,
Gelora hati menjadi damai,
Zikir pengubat diri tika resah.

Kalimah suci diulang-ulang,
Menambat hati menyuci jiwa,
Tika roh berasa tenang,
Terasa nikmat pahala dijiwa.



Pelihara butir bicaramu dari kata-kata yang sia-sia. Dian itu suatu ibadat membawa kebaikan dari mengeluarkan bait-bait kata yang sia-sia.Sebaik-baik insan adalah membasahkan lidah dengan zikir,mengalunkan irama hati dengan zikir. Sukma perlulah slalu meningati Allah SWT,sukma akan menjadi tenang.




Berzikir bukan hanya dihamparan helaian sejadah.Sambil berlari bolen berzikir. Tidak kira dimana tempat anda berada dan perbuatan boleh menyanyikan zikir.Alunan zikir adalah pengubat jiwa yang keresahan bak berbual dengan Allah SWT dengan segala pujian pada Maha Pencipta,betapa kerdilnya hamba disisiNya.Faeadah mengalunkan kalimah suci ini adalah:

  1. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.#
  2. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
  3. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  4. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
  5. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
  6. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
  7. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  8. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
  9. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
  10.  Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
  11. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil 


Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari: