Lemah lembut sopan santun,
Dalam kelemahan ada ketegasan,
Wanita adalah seorang penyantun,
Walau lembut ada ketegasan.
Mata wanita cantik belaka,
Wanita solehah penghias dunia,
Wanita solehah idaman belaka,
Itululah idaman pendamping jejaka..
>___<
Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa
saat hati sedang menangis
4.Tabah
di saat terhina
5.Mempersona
kerana memaafkan
6.Mengasihi
tanpa balasan
7.Bertambah
kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya
Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik
dihadapan-MU

1)MELUKIS
KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang
perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia
menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah
dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya
memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM
SAAT TERTEKAN
percaya
atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang
dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia
yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang
selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun
sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA
SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan
saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian
kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang
sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang
kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada
kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH
DI SAAT TERHINA
setiap
yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah
penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua
itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha
untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang
ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada
manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN
KERANA MEMAAFKAN
bukan
mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih
lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah
sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu
sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana
baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih
tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI
TANPA BALASAN
kasihnya
terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah
kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti
ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang
tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan
ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk
kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH
KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia
hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah
dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia
sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih
mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka
tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Khas
untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!