Entry kali ini aku nak bercerita zaman aku mengenali henfon. Dulu aku kenal telefon bimbit masa abah aku beli henfon terpakai dan abah aku kelek-kelek telefon ni sampai pandai. Teringat lak aku dengan gaya abah aku yang sempoi tu......
Aku masa zaman dulu masih di kampung jadi selalu pakai telefon awam minta tolong abah jemput aku dari sekolah. Abah aku sudah mahir menggunakan telefon bimbit ini sehingga beberapa kali tukar henfon pelbagai jenama tetapi dia masih setia dengan jenama NOKIA. HeHeHe
Zaman sekarang merupakan zaman teknologi dan inovasi. Berpusu-pusu jenama telefon antarabangsa melakukan inovasi produknya macam-macam rekaan yang menarik dari yang berlipat sehinggalah mengunakan aplikasi sentuhan.
Ok lah. Aku ingin bercerita macammana aku memiliki henfon dari zaman PLKN sehinggalah kini. Mula-mula aku balik rumah cuti dari kem PLKN zaman 2007 masa tu. Aku kelek-kelek telefon tu lalu aku belilah kad sim telefon, nak tau telefon apa yang aku bawa. Ni diaaaaaaaaaa
Hehehe......cenggini je telefonnya. Zaman wirawati tu la telefon masa aku pakai. Ni pun telefon abah aku juga.
Lepas berapa tahun pula, masa aku tingkatan 6 Bawah, aku ada terbelilah telefon baru. tak pakai pon mastu sahaja ja melaram nak ada juga. Jeles kawan sekelas ada telefon. HaHaHa. Nak tahu telefon apa. Ni haaaaaaaaa
![]() |
Siap beli cover ungu lagiiiiiiiiiiii |
Kemudian masa aku berada di zaman Giatmara. Aku ingat masa tu aku tidak pakai telefon. Aku menyambung pelajaran di Kolej Teknologi Alpha. Semasa tayar kancil pergi ke Seremban mak dan abah pergi ke Terminal 1 di bandar Seremban bersama aku, aku jalan-jalan tetiba abah aku usha telefon untuk aku tapi?????????? budget tidak cukup. Aku fikir susah juga jika tiada telefon macam mana ingin melepas rindu dengan keluarga. Esoknya aku pergi ke bandar Seremban megeluarkan wang dari ATM dari elaun Giatmara.. Nasib baik petang itu juga ada mak cik baik menumpangkan aku dan kawan baru menuju ke JUSCO, jadi aku usha-usha telefon baru, citarasa mestilah yang ada kamera. Tetapi budget tidak mencukupi, lalu ada satu model NOKIA yang dapat dibeli dengan harga budget aku, lalu aku membeli dan 2 tahun juga telefon ini berjasa kepadaku. Aku pinjamlah telefon kawanku buat sementara. Kemudian semester baru aku dapat PT aku dan rakanku usha-usha ke kedai telefon di Terminal 1 , Seremban. Aku ingin beli satu model baru tetapi aku fikirkan kos melepas. Jadi dapatlah satu telefon bimbit SONY ERRISON SPIRO. Bolehlah yang penting aku ada telefon baru untuk melepas rindu dengan keluarga. Mestilah telefon ini ada kamera. |
Walau apa pun teknologi yang anda gunakan jangan anda menyalahgunakannya. Aplikasikan segala gajet yang terkini dengan aktiviti yang berfaedah.
Cayalah gambar pakai NOKIA yang ini
( Sumber : Google Images, lappyku dan Persona Lestari )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan