Aku membelek-belek blog lalu aku terpandang suatu informasi yang menarik perhatian aku. Baru aku tahu kisah disebalik makhluk-makhluk yang comel ini.
Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan.
Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus
ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.
Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta
kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar
bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.
KEJADIAN
KUCING DAN TIKUS
Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak
menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla
memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut
pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan.
Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan
itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi
menyelamatkan dirinya.
Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka
berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran
itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.
MASALAH 1
Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi
kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada
pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah
Azzawajalla.
“Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah
petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini”
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai
Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan
najis-najis ini”
Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah
berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa
tersisa sedikitpun.
Kejadian
Tikus
Si Iblis
pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai
gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu
merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.
Tikus
MASALAH 2
Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri
akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah
Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:
“Wahai
Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku,
maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini“
Kejadian
Kucing
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka
akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu“
Kucing
Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari
harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan
tidak tersisa sedikitpun.
Wallahua’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan