Khamis, 22 Ogos 2013

Sejarah Sekolah Agama Johor.



- Merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

- Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor , Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.


- Kini, Sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama
anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia .

Objektif;
*Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
*Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan
*Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
*Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
*Mempelajari, memahami dan
memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.
*Dapat melakukan dan menghayati
amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.

Latar Belakang Sejarah Pendidikan;

- 1918 Sejarah pendidikan bermula
dengan nama Sekolah Al-Quran. Tumpuan hanya kepada pembelajaran Al-Quran.
- 1920 Nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab dengan penambahan matapelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf.
- 1923 Nama Sekolah Kitab ditukar
kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
- 1923 Kelas ' Darjah Khas ' diwujudkan sebagai satu - satunya lanjutan Sekolah Agama Petang.
- 1960 Maahad Johor ditubuhkan
sebagai pusat pengajian IV Thanawi di negeri Johor.
- 1965 Nama Sekolah Agama Petang ditukarkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor.
- 1988 Penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
- 1994 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA)
- 1997 Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab iaitu MARSAH
- 1998 Pelarasan umur 7 tahun bagi kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor
- 1999 Pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
- 2001 Penubuhan Tadika Agama Johor (TAJ)

sumber : www.ppajohor.johordt.gov.my/sejarah.htm, wikipedia dan Ustaz Hairul Persatuan Bangsa Johor





Tiada ulasan:

Catat Ulasan