Sifat-sifat Allah SWT ,
ALLAH Ilahi yang Esa,
Hanya satu Hanya Allah SWT,
Kenali sifat Illahi yang Esa.
Indahnya alam ini,
Ciptaan Allah Maha Pencipta,
Kerdilnya kita disisi Illahi,
Mari tahu Sifat Illahi.
v Wujud
Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti
Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu
tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
v Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil
Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka
samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
v Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil
Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan
akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi
Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
v Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk. Mustahil
Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang
menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.
v Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil
Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang
selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
v Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil
Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan
terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang
mengakibatkan kebinasaan alam ini.
v Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil
Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia
bukan Tuhan.
v Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya. Mustahil
Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
v Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia
mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal
dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika
Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian
alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok
bandingannya.
v Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil
Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada
yang hendak mengaturkannya.
v Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil
Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha
suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
v Basar
Ertinya Allah bersifat melihat. Mustahil
Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha
suci Allah dari sifat kekurangan.
v Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau
berfirman. Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak
dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan
berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al
Quran. Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah
gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat
Allah.
v Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan
berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh
kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan
tidak pernah berhenti walau sekejap.
v Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan
menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh
kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan
menghendaki.
v Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui,
mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat
Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
v Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup,
mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat
Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.
v Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil
ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap
sentiasa dalam keadaan mendengar.
v Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat,
mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat
melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.
v Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan
berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh
kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan