Rabu, 18 Januari 2012

PENGALAMAN DI GIATMARA





Aku pernah masuk Giatmara di Parit Sulong. Sambil menyelam minum air mencari ilmu kemahiran selepas berhempas-pulas menuntut ilmu di tingkatan 6.Aku daftar masa awal bulan januari tahun 2009. Giatmara Parit sulong adalah giatmara yang menawarkan khusus kemahiran kepada golongan belia yang ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran.

 Khusus yang ditawarkan seingat aku adalah Khusus Juruteknik komputer, khusus automotif,khusus juruteknik motosikal dak khusus yang aku sertai Khusus Elektronik Industri.aku cuma sempat masuk 6 bulan sahaja, sebab aku dapat masuk tawaran belajar di IPTS....Apa lagi masukla aku kat kolej tu.
 Tapi selama 6 bulan tu pelbagai ilmu yang aku dapat. Kemahiran,ilmu agama pada setiap hari Khamis
Suasana belajar yang seronok la aku rasa,dapat jumpa kengkawan yang pelbagai latar belakang dan berbeza pemikira, Yela macam keletah ada...seronok......hihi



Ini kengkawanku yang sempoi2 belaka.....Huhu Semasa gambar ini ditangkap aku sudah berada di kolej menyambung pengajian di IPTS. Kenangan yang tidak di lupa,Sedih aku tiada kat dalam gambar ni.....


Teringat kenangan aku dan kengkawan pergi Kuala Lumpur melawat Pusat Sains Negara dan Pusat Seni...Aku teringat corak rama-rama batik ...cantik ....berseni dan memikat hati....hihi.....

HEHEHE DATANG KE KUALA LUMPUR KE PUSAT KRAF
Malangnya tak sempat nak lari posing gambar dahhh ............. Aku ada sekali masa tu XOXO
MODE : >__< 



Aku ingin berkonsi kebaikan GIATMARA melalui satu blog http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/ iaitu:

 Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2011 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan pengambilan 2011 dijadualkan akan bermula pada bulan Jun ini.

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Berikut adalah senarai bidang latihan kursus yang ditawarkan. Jangkamasa program latihan sepenuh masa ini adalah antara 3 – 24 bulan.
Senibina
  • Industrial Maintenance
  • Building Maintenance
  • Seni Landskap dan Taman
Mekanikal
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Mekanik Industri
  • Tool and Die Technology
Pengangkutan
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal
  • Penyelenggaraan Enjin Marin
  • Pemasangan Gas Asli Kenderaan
  • Pemanduan Kenderaan Perdagangan
  • Juruteknik Servis Tayar
Pembuatan
  • Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman
  • Composit Technology
  • Boat Building and Repair
  • Teknologi Foundri
Elektrikal
  • Pendawai Elektrik
  • Penjaga Jentera Elektrik (AO/A1)
  • Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Komputer Dan IT
  • Teknologi Sistem Komputer
  • Multimedia Design and Production
  • Graphic Design and Advertising
  • Teknologi Animasi
Elektronik / Mekatronik
  • Teknologi Elektronik Audio Visual
  • Elektronik Industri
Fabrik
  • Fashion and Dressmaking
  • Hiasan Dalaman
  • Master Cutter
Percetakan
  • Teknologi Percetakan
  • Dekstop Publishing Artist
  • Teknologi Fotografi
Kulinari
  • Masakan dan Pramusaji
  • Confectionary and Bakery
Hairdressing And Cosmetology
  • Seni Reka Gaya Rambut
  • Solekan dan Terapi Kecantikan
Hospitaliti
  • Child Care and Family Services
  • Holistic and Wellness SPA
Kursus-kursus latihan di atas tidak semestinya dijalankan di setiap Pusat GIATMARA. Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Program Latihan 1 Malaysia

  • Pihak GIATMARA juga menawarkan Program Latihan 1 Malaysia iaitu latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan.
  • Sila rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat lanjut.

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan Kemahiran Sepenuh Masa.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2010 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
      Fax : 03 2691 0249

21 ulasan:

  1. rindu ngan kawan2,,,tutamanya dengan cikgu Zila dan Cikgu Hanif........

    BalasPadam
  2. assalamualaikum persona bayu maaf mengganggu..saya nak tumpang tanya...giat mara mana yang sediakn pogram Hairdressing And Cosmetology..dan macam mana kita nak contact student yang dah complete program Hairdressing And Cosmetology tu...kalau awak boleh jawab soalan saya kat FB saya pun ok jgak..
    add saya kat FB eh

    is_smart88@yahoo.com.my

    maaf ye..please help me..saya terdesak sangat huhu

    BalasPadam
  3. http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html...........awak boleh lihat di laman web ini.....Kalau di Johor ad kat Ayer Hitam..Sila kunjungi laman web GIATMARA untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menyemak kursus latihan yang ditawarkan disetiap Pusat GIATMARA.....student yang dah ambil bley contac kat Giatmara yg menyediakan khusus tsbt sbb maklumat peribadi dieorg ad kat Giatmara or bertanya terus dengan Cikgu yang mengajar course tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe3.walaikumsalam.........klau kat SELANGOR di AMPANG JAYA dan Shah Alam..

      Padam
  4. sy mengambil kursus solekan dan andaman di giatmara ayer hitam . sebab sy tinggal di pasir gudang ,jd sy di beri tempat tinggal . sy cume nak tau ,adekah semua kelengkapan sperti peti sejuk ,mesin basuh disediakan di situ? makanan disediakan atau sy perlu membawa segala kelengkapan sperti tong gas dan sbgainye?

    harap akak dpt jwab pertanyaan sy nih . assalam .

    BalasPadam
  5. Selepas tamat sijil di giatmara,boleh ke kita guna sijil bkenaan untuk ke diploma?
    Mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sijil giatmara boleh digunakan untuk sambung pengajian peringkat diploma atau sijil kemahiran kerana sijil tersebut telah diiktiraf oleh jabatan kemahiran. Dan laku untuk pekerjaan

      Padam
    2. As salam .. kalau guna sijil giatmara nk masuk uitm boleh tak?

      Padam
    3. As salam .. kalau guna sijil giatmara nk masuk uitm boleh tak?

      Padam
  6. As salam..tumpang tanya.adakah khusus selama 6bln tu perlu bayar setiap bulan atau bayar 300 masa pendaftaran sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam yuran hanya dibayar sekali sahaja....malah dapat elaun lagi

      Padam
  7. Boleh ambik 2 kursus x?? Pertama kursus hairdressing kedua solekan dan terapi kecantikan? Tp pada 2 waktu yg berbeza..

    BalasPadam
  8. boleh dpt diploma tak klau masuk giatmara?

    BalasPadam
  9. Slm cik ateen
    Nk tanya,cik gi bljr kt giatmara hr2 kena pakai baju khusus@pakaian bebas?

    BalasPadam
  10. Salam, saya nk tnya. Jika dpt twrn bljr semasa sdg mengikuti kursus di giatmara dan saya terima wlpn blm hbis bljr di giatmara. Adakah kena bayar balik apa2 lps giatmara?

    BalasPadam
  11. Salam, saya nk tnya. Jika dpt twrn bljr semasa sdg mengikuti kursus di giatmara dan saya terima wlpn blm hbis bljr di giatmara. Adakah kena bayar balik apa2 lps giatmara?

    BalasPadam
  12. Bolehkah Sijil GiatMara diterima masuk ke Politeknik ?

    BalasPadam
  13. Aku dlu penah jga masuk giat mara tp masa tu tahun 1998 khusus Fbrikasi logam kimpalan...Tpi kngan masuk giat adalah kngan paling manis dlm hidup aku...seronoknya

    BalasPadam
  14. Aku dlu penah jga masuk giat mara tp masa tu tahun 1998 khusus Fbrikasi logam kimpalan...Tpi kngan masuk giat adalah kngan paling manis dlm hidup aku...seronoknya

    BalasPadam
  15. Aku dlu penah jga masuk giat mara tp masa tu tahun 1998 khusus Fbrikasi logam kimpalan...Tpi kngan masuk giat adalah kngan paling manis dlm hidup aku...seronoknya

    BalasPadam