Selasa, 8 Mei 2012

MUNAfIK ????



Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya. Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua keadaan.
Pertamanya, munafik I’tiqadi iaitu yang berkaitan dengan kepercayaan dalam hati. Mereka itu terdiri daripada golongan yang hanya beriman kepada Allah secara luaran saja. Namun hakikatnya, golongan itu sudah terkeluar daripada agama Allah kerana niat di hati memainkan peranan penting dalam soal akidah dan dikira sebagai penentu hakiki kepada keimanan seseorang di sisi Allah.
Keduanya, disebut munafik ‘Amali iaitu berkaitan perbuatan. Di sini saya mahu berkongsi satu hadis, yang saya pasti, anda mungkin pernah mendengarnya:
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Tiga golongan munafik yang dapat di’highlightkan’ daripada hadis ini:
1. apabila bercakap dia berbohong
2. apabila berjanji dia memungkiri
3. apabila diberi amanah dia mengkhianatinya
Cuba muhasabah kembali, pernah tak kita berjanji, tapi kita mungkiri?
Pernah kita menipu kawan-kawan, ibu bapa?
Pernah kita diberi kerja, tapi kita lakukannya main-main dan sambil lewa?
Allahuakbar, banyaknya dosa kita.
“sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka”
 (surah an-nisa’: 145)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan