Khamis, 5 April 2012

CARA MENDUKUNG BAYI KETIKA SOLAT..

Cantik sungguh wajahmu,
Lagi indah akhlakmu,
Terpuji definisi namamu,
Rasullulah saw idolaku.


Cantiknya Islam,
Islam adalah Ad-Din,
Indahnya Islam,
Dapat memudahkan kehidupan..






1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin @ pampers yang bersih)

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat
bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri

4. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

5. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian didukung kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

6. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai


Dalil:

Daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h. beliau berkata:
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يَؤُمُّ النَّاسَ وأُمَامَةُ بِنْت أبِي العَاص وَهِيَ ابنَةُ زَيْنَبَ بِنْت النبي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِن السُّجُوْدِ أَعَادَهَا.


Maksudnya:
Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula. (Riwayat Muslim)



Merujuk kepada hadis Rasulullah saw yang pernah bersolat dengan mendukung cucunya Hasan, yang mana Rasulullah saw akan mendukungnya dan meletakkanya ketika sujud serta mengambil kembali ketika bangun daripada sujud sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Al-Ansari , Maka secara umumnya perbuatan mendukung anak yang belum mumaiyiz adalah dibolehkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan