Nur Islam menerangi dunia,
Tika dunia zaman jahiliah,
Lahirlah Nabi Muhammad saw ke dunia,
Menyampaikan tauhid menyuluh hidayah.
Betapa zuhudnya Nabi Muhammad saw,
Menjalani kehidupan secara sederhana,
Siddiq,Amanah,Tabliq dan Fatanah sifat Rasullullah saw,
Betapa tinggi pengorbananmu pejuang agama.
HEBATNYA RASULULLAH SAW
MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA.....SUPAYA TIDAK BERMEWAH.....DAN LUPA
DIRI......WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI...DAN PEMIMPIN YANG
TERTINGGI.......
Saiyyidina Ali bin
Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan
isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..jika
diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka
sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw seorang pemimipin.... seseorang yang
berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah
pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.
Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan
menantu Nabi saw...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua
hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana
ketiadaan makanan.
Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada
meriwayatkan suatu hadis :
قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم،
فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله
مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها
بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط
Ertinya:
Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari,
Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan
pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati
aku..wahai Fatimah.”
Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang
mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah
engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”
Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di
wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”
Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar
kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana
sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang
membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.
Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh
Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada
Fatimah r.anha
وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه
وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا
شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما
إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما
فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا
وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى
الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى
الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها
Ertinya:
Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi
Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:
Di mana cucu-cucuku?
Saiyidatina Fatimah menjawab,
“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang
dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan
Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan
bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak
kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka
makan.
Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat
kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya,
“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua
cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”
Saiyyidina Ali menjawab,
“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan
di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai
kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air
untuk diberikan kepada Fatimah?”
Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib,
pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak
merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia
akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk
dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.
Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw
...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw
memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul
mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah
kedudukannya yang rapat dengan Nabi saw.....namun peluang itu...tidak digunakan
oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu nabi saw yang beriman
dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan
Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.
Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu
kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu
pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu
membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.
Harta rampasan perang itu memang menjadi hak
Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah
memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga
Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas
daun pintu rumah mereka.
Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang
menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya
adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang
tercinta...Saiyidatina Fatimah .
Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan
tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda saw merasa kurang
senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.
Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya
itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti
perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun
memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai
baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya
untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw
Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke
tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan
melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.”
Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut,
ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka
masing-masing di atas pahanya.
Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada
sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta.
Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat
Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian.
Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi
puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan
sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang
ini.
Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan
menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan....dengan
kuasa dan pangkat yang diberikan oleh Allah taala.....jangan disalah gunakan
untuk mengumpul kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan berkaki
ayam serta tidak berpakaian.
(sumber: Aduka Panji Alam (Official) Fans Club)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan