Isnin, 23 Julai 2012

BERPUASA KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG


Dubai : Berpuasa pada bulan Ramadhan memberikan nikmat kesihatan kepada mereka yang mengamalkannya kerana ibadat itu mengurangkan risiko serangan jantung, menurut kajian.

Penyelidikan yang dibuat kepada 37 sukarelawan yang bersetuju contoh darah mereka diambil pada tiga keadaan berbeza ketika Ramadhan lalu, menunjukkan 15 peratus purata penurunan dalam paras triglycerides (TG) dan 10.9 peratus penurunan dalam kolesterol lipoprotein kepadatan rendah (LDL), dua faktor risiko utama serangan jantung.

Ketua jabatan Kardiologi Hospital Amerika Dubai, Dr. Omar Kamel Hallak, yang mengetuai pasukan penyelidik lima anggota, berkata ia adalah kali pertama kajian menunjukkan kaitan konsisten antara berpuasa dan profil lipid, katanya.

Profil Lipid adalah ukuran kolektif kolesterol lipoprotein keseluruhan seseorang, kolestrol lipoprotein kepadatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik, LDL atau kolesterol jahat TG menjadikan seseorang mudah mendapat penyakit itu.

Kajian juga mengukur parameter lain seperti indeks jisim tubuh, tekanan darah dan glukos. Umat Islam yang mampu berpuasa dikehendaki menahan diri daripada makan dan minum kira – kira 14 jam sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari di bulan puasa.

Bagi memeriksa profil lipid sukarelawan, contoh darah diambil pada tiga tahap – dua minggu sebelum Ramadhan, minggu ketiga Ramadhan dan dua minggu sebelum bulan puasa berakhir.

- AGENSI

(SUMBER : BERITA MINGGU, 27 JULAI 2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan