Rabu, 18 Julai 2012

MAGNETISM


Seorang doktor bernama Ahmed Mater yang dilahirkan di Arab Saudi telah menghasilkan sebuah kiub magnet yg dikelilingi oleh serbuk besi, dan karya seni ini telah menampakkan satu medan magnet yg berpusar, seolah-olah seperti tetamu Allah yang mengelilingi Kaabah. Karya seni ini telah dinamakan sebagai ‘Magnetism’.

Ideanya mudah, dan seperti unsur di tengah-tengahnya, mempunyai daya tarikan yang tinggi. Ahmed Mater telah mengubahsuai sebuah magnet dan menaburkan puluhan ribu zarah besi, yang membentuk awanan yang berpusar.

Meskipun kita tidak pernah melaksanakannya, tentu kita pernah melihat imej Haji, kunjungan umat Islam ke kota suci Mekah pada setiap tahun. Kiub magnet hitam Ahmed merupakan model mini Kaabah yang dibalut dgn kiswah hitam, ‘Kiub’, unsur utama dalam upacara Haji.

Pusaran serbuk besi tersebut mencerminkan tawaf para jemaah haji yang mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.


Al-Bayt al-’Atiq (Rumah Purba), nama lain bagi Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu merupakan sebuah binaan yang sungguh unik. Kiub ialah bentuk blok paling asas bagi sesebuah bangunan, dan bentuk yang paling asas bagi sesuatu struktur yang dibina. Dan Kaabah (Baytullah), Rumah Tuhan Yang Maha Esa: telah dibina oleh Nabi Ibrahim, monoteis pertama, atau dalam beberapa pendapat yang lain mengatakan telah dibina oleh manusia pertama, Adam. 

Tapak binaannya pula mungkin lebih purba, menurut kepada sesetengah pendapat. Ahli geografi abad ketiga belas -Yaqut al-Hamawi menulis, perkara pertama yang Allah ciptakan dari bumi ini adalah tapak Kaabah. Beliau kemudiannya menjadikan bumi terbentang luas dari di bawah tempat ini. Oleh itu, ia adalah pusat bumi dan titik pertengahan dunia ini yang lebih rendah dan ibu kepada kampung-kampung. 

Yaqut seterusnya menjelaskan, berdasarkan autoriti para ulama terdahulu, tawaf para jemaah adalah bersamaan dengan malaikat yang mengelilingi Baytul Ma’mur, mencari keredaan-Nya.

Sehingga hari ini, dan seterusnya, Kaabah menjadi tumpuan bagi mendamaikan hati dan juga memohon keampunan; berdasarkan frasa yang digunakan dalam Al-Quran, ‘tempat perehatan untuk umat manusia dan tempat yang sejahtera’.


Karya seni Mater Ahmed, walaubagaimanapun, memberikan kita lebih daripada sebuah simulasi mudah berkenaan Rumah Allah. Titik-titik pertentangan antara segi dan bulatan, lingkaran dan kiub, hitam dan putih, terang dan gelap, meletakkan unsur-unsur utama bentuk dan nada dalam keseimbangan dinamik.

Dan ada lagi penentangan yang dinamik dan harmoni yang tersirat di dalam magnet dan juga ibadat haji – iaitu daya tarikan dan daya tolakan. Kaabah adalah magnet dan titik pusat: ‘hendak meninggalkan rumah, akan kembali ke rumah’, adalah antara kata-kata terakhir 

bagi seseorang jemaah Haji sebelum pulang. 

































Selain itu, perkataan Arab yang bermaksud menarik, ‘jadhaba’, boleh juga kadang-kadang membawa maksud berlawanan iaitu ‘menghalau’. (seseorang pernah berkata; dalam bahasa Arab, semua perkataan adalah membawa maksudnya sendiri, perkataan sebaliknya, dan juga unta.

Tentu saja kata-kata ini bukanlah untuk diambil secara literal, walaupun ada sebilangan perkataan di dalam kamus yang membuktikan kebenarannya) Apatah lagi semua pertentangan ini bukanlah sesuatu yang aneh. William Blake pernah menjelaskan, ‘Tanpa percanggahan, tidak akan ada perkembangan’. 

Daya tarikan dan daya tolakan… adalah perlu untuk kewujudan manusia. 

Tarikan manusia berduyun-duyun ke mekah saban tahun bersesuaian dengan firman Allah swt di dalam surah Al - Hajj ayat ke 27.

“Dan serulah manusia kepada haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam"


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://nazril.com/seni/kaabah-dan-magnetism-satu-manifestasi-seni/





(SUMBER : Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden (Albums))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan