Jumaat, 10 Ogos 2012

KERDILNYA HAMBAMU





Ilustrasi alam ciptaan yang indah.
Selalu ku melihat panorama,
Pancainderaku terkesima,
Kanvas alam yang indah,
Menggamit kerdilnya hambaMu,
Ya Illahi.

Aliran jernih mengalir,
Mengalunkan pujian kepada-Mu,
Helaian hijau melambai-lambai,
Ditiup hembusan nafas,
Ya Illahi,
Alam berzikir padaMu,
Betapa kerdilnya hambaMu,

Kanvas gelora ombak,
Melukis dipepasiran pantai,
Tapak sulaiman bintang alam,
Bintang di kala malam,
Berkerlipan di kanvas gelita,
Dipancar rembulan,
Ya Illahi,
Indahnya ciptaan Mu,
Betapa kerdilnya hambaMu.




Kerdilnya hambaMu,
Dicipta dari tanah,
Sempurna tubuh dengan fungsinya,
Dengan warna - warna ciptaaMu,
Maha indah ciptaan Mu,

Ya Ilahi,
Aliran hemoglobin,
Mengalir menyelusuri saraf,
Segalanya,
Dengan kuasaMu.

Kerdilnya hambaMu,
Munasabah diri,
Ampunkan daku,
Ya Illahi.

( Nurkilan: Persona Lestari 2210)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan