Khamis, 23 Ogos 2012

CORETAN LEBARAN

Ramadhan kini meutup tirainya tahun ini,
Moga dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan,
Selamat Hari Lebaran tahun ini,
Mari bermaafan saling berkunjungan.

Setiap hari mentari menari,
Menerang alam seluruh maya,
Hati ini senang sekali,
Menyambut lebaran bersama-sama.



Lebaran kali ini penuh bermakna, walau menghadapi pelbagai dugaan ku dapat hadapi dengan tenang. Hari ini sudah enam hari menyambut hari raya, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi-sudi menjengah blog yang baru beberapa bulan berada di laman Blogger. Aku baru dalam dunia blogger ni, ingin mencari berkongsi ilmu, sajak ciptaan dan baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Aku belum bertemu ilham untuk  mengarang berdasarkan idea dan jadi setakat ini hanya mampu melakukan perkongsian melalui alam maya yang menarik minat aku untuk berkongsi bersama. Aku akan berusaha untuk mengarang dan mencari idea untuk menceriakan lagi blog ini. 

Ilmu yang setitik ini adalah milik Illahi, aku hamba yang kerdil ingin berkongsi sedikit ilmu anugerahnya dan segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala kekilafan adalah dari diri ini. Terima kasih kepada laman Muka Buku yang memberi pelbagai informasi dan dapat dikongsi untuk tatapan anda. Segala teknologi yang telah dicanang dan dicanai harus diaplikasi dengan baik dan jangan suka menyalahgunakannya boleh mambawa padah.

Buang yang keruh,ambil yang jernih. Jernih itu baik,keruh ditapis pun boleh jernih semula. Keruh boleh dijadikan iktibar,jernih diterap dalam kehidupan.

Aku tidak pandai bermadah pujangga. Aku tidak pandai sangat berjenaka. Silalah sudi menjenguk blogku ini. Aku akan cuba perbaiki kelemahanku senantiasa.Salam lebaran semua.

Jom melihat gambar yang aku tangkap.....Cume guna telefon bimbit NoKia Classic jeww...
Baru nak kerja baru sahaja tamat belajar......tu pokai tuuu......kuikuikui......



Ruang tamu kuih......kuih tunjuk je ada...

asam merah je yang meyerlahhhhh

Dalam keta, beraya la

Aku dan adikku....

Hijau gitu, tu je sempat amik last poseee.....

Kuih raya tunjukkkk

Ada macam artis tak....

Senyummmm




Sumber: Persona Lestari dan Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan