Jumaat, 24 Ogos 2012

MANIS SENYUM



Senyum, lebarkan rekahan bibirmu kepada insan. Nescaya insan melihat sejuk terasa lalu membalas semula senyumanmu. Aliran ketenagan mengalun lembut menusuk sanubari pabila senyuman anda menyapa. Senyumlah selagi mampu melakukanya. 

Segala titisan kaca di sukma tiada sapa yang tahu. Hati merintih melihat dunia yang kini diambang kesedihan, tatkala umat ditindas. Namun , senyuman jihad mereka memupuk alunan fisabilillah. 

Senyumlah ketika hati merintih , ketika benak berapi,berilah kesembuhan dengan senyuman. Maniskan wajahmu dengan senyum,alam akan berasa ceria.Malaikat terasa ceria apabila melihat senyuman kesyukuran.

Walau fakir,miskin dengan harta, tidak mampu memberi, berilah walaupun hanya sekelumit senyuman. Nabi Muhammad SAW senantiasa memurahkan ,memaniskan wajahnya yang kacak berperisa senyuman kepada umatnya. bak kata baginda , senyuman itu sedekah. 

Laksana mentari menyiram alam semesta, senyum mampu menyinar hati sesiapa sahaja. Selagi hembus nafas belum dinoktah, senyumlah walau apa pun terjadi. Nescaya ceria senantiasa larut dalam benakmu.

Jiwa yang melihat akan sembuh melihat senyuman. Senyumlah selagi mampu tersenyum, jiwa akan tenang. Malah dapat memikirkan ilham dengan pantas. Manis wajahmu dengan senyuman

SENYUM JANGAN TAK SENYUM >___< 





(Sumber : Muhammad Rusydi & Persona Lestari 2210)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan