Isnin, 27 Ogos 2012

TUJUH KEAJABIAN DUNIA



Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...


Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya..





Sejenak aku berfikir, ohhhhhhh tujuh keajaiban dunia ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah SWT tidak boleh ditandingi dari segala kekuasaanNya. Aku terfikir segala nikmat yang dikurnia oleh Allah SWT, kebijaksanaan manusia membina pencakar langit adalah anugerahNya jua....

Tidak terfikir setelah aku membaca status di Jom Berdakwah Di FB....ye la tak terfikir lak.....

SATU

Pancaindera, boleh melihat segala kejadian alam semulajadi yang indah.



DUA
Pendengaran boleh mendengar segala desiran,kicauan unggas malahan suara sendiri boleh didengar.



TIGA
Apalagi sentuhan dengan jari jemari yang runcing begitu mendamaikan jiwa. Sentuh la macam-macam benda. Lembut sentuh kapas.Sakit sentuh duri.


EMPAT
Ohhhhhhhh ni anugerah paling terindah rasa disayangi dan menyayangi. Cinta ibubapa,alam dan cinta dengan suami . Ya Allah betapa agungnya anugerahMu....SAYANG PADAMU YA ILLAHI.ALLAH SAYANG KITA KAN3......


LIMA
 Ni yang insan kuat makan ni boleh rasa macam-macam makanan. Lidah yang digunakan macam-macam rasa ada dari manis,pahit,masam,masin,kelat,payau lagi ap ea..........hehe......Selain itu rasa sakit di kulit bila ditusuk dengan duri, sakit hati pon boleh dirasa kan......
.

ENAM
Gelak-gelak juga.........seronok ketawa boleh ekspresikan wajah gumbira......senang hati.....suka-suki ....hehe..........ketawa alalah satu nikmat yang Allah SWT anugerahkan , Kegembiraan terserlah dengan susunan gigi yang berkilat...hehe......ketawa adalah terapi yang ajaib....menghilangkan kedukaan >__<


TUJUH


 Boleh mencintai. Cinta adalah suatu keajaiban yang tidak terungkap dengan lafaz....huhuhuh...cinta dan saling mencintai antara dua insan jejaka dan gadis untuk saling mencintai dan melengkapi....tapi...jangan salah gunakan keajaiban ini dengan cara haram tak nikmat dan berkat, melaluim pernikahan baru la dapat menikmati perasaan cinta debgan halal dan berkat baru la seronokkkk........hehe


Anugerah keajaiban yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia yang berakal tidak ternilai harganya bahkan tidak boleh dikira betapa bertimbunnya nikmat yang Allah SWT 
anugerahkan kepada manusia.

Itu wujudnya keajaiban ciptaan manusia jika ada keajaiban akal dan kebijaksaan. Segalanya adalah anugerahNya.

Fikir-fikirkan dan alami keajaibannya................>____<

 ( sumber: Jom Berdakwah Di FB dan Persona Bayu 2210) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan