[ Surah Al-Baqarah ayat 255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
SEJARAH AYAT
KURSI DAN FADHILATNYA
Ayat ini
diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh
beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga
menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah
s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta
menyebarkannya.
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap
pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah
akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya
juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut
keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap
hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala
bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada
air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a.
w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang
ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan
matanya.”
Sabda baginda
lagi;
“Umatku yang
membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang
sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan
pembesar.”
Orang yang
selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA
memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan
mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah
anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapamembaca
ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat
kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a, Rasullullah SAW bersabda,”
SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT…
( Penulis : ZAHIRUDDIN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan