Khamis, 12 Januari 2012

Titipan Kata Hikmah


*      Pabila sesuatu masalah tersirat dalam kehidupan sukar dimengerti.sukar difahami semakin insan berikhtiar menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah sehingga selesai dan mematangkan jiwa .
*      Impian adalah angan-angan prospek detik depan malah semangat untuk berubah mendorong insan mengapai impian tersebut.
*      Gagal tidak bermakna jatuh tetapi memberi semangat untuk bangun kembali menebus kegagalan dengan kejayaan.
*      Rezeki tidak akan dating bergolek tanpa usaha.
*      Detik itu berharga, Pabila pergi detik itu menjadi sejarah yang tidak akan berulang.
*      Untuk Berjaya,kamu harus melangkah  dengan gagah dengan titipan sasaran dan usaha sistematik untuk mengolek kejayaan.
*      Senaraikan impian anda, berusahalah mengapai senarai impian anda.
*      Jika kamu ingin kehidupan yang luar biasa, maka lakukan keputusan yang luar biasa juga.
*      Hidup ini bagaikan lampu tinggi yang dinyalakan dimalam hari apabila minyak sudah kering ianya pasti padam sendiri……Hidup ini adalah sementara, semua insan pasti mengalami sarakatulmaut


1 ulasan: