Manisnya senyuman ....
Wajah berseri tampak ceria,
Senyum berseri pengubat duka,
Senyum itu memberi makna,
Insan yang melihat anda,
Senyum itu paparan jiwa,
Pengubat hati ceria jiwa,
Senyum itu menenangkan jiwa,
Mari senyum berkongsi jiwa…
DENGAN SENYUMAN ANDA CERIA
^________^
1. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun
sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).”
– Hadis Riwayat Muslim.
2.Senyum merupakan
satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh
melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan
turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.Apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
4.Senyuman bukan hanya
sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan
endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang
itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.Ketawa (berperasaan
gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular
sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita
ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya,
kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.“Tawa Rasulullah SAW
hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.Kajian yang dibuat
oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan
memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.Apabila kita senyum,
sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras
dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang
penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi
untuk melawan penyakit).
9.Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini
secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.Senyuman yang
diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan
ulser.
11.Senyuman dan ketawa
adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem
pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap
organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua
belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan
otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima
maklumat baru.
12.Ketawa juga
dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrient dalam badan.
13.Senyum mampu
menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan
hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.Dalam ajaran Islam,
senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah
SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi
mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan
Abu Dzar).
Sumber :
Kisahwanita.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan