WANITA HIASAN DUNIA
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH ......^________^
Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut terpampang di bawah ini @__________@
- Doa perempuan
lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia".
2.
Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan
mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.
4.
Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkanya.
5.
Apabila telah lahir
anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7.
Barangsiapa yang
mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan
api neraka keatas tubuhnya.
8.
Barangsiapa membawa
hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.
Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10.
Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.
Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.
Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan
suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15.
Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan
tidak dihisab.
16.
Syurga itu dibawah
tapak kaki ibu.
17.
Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a.
Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya
yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi
meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
JADI MARTABAT WANITA ADALAH TINGGI DI SISI ISLAM BERBANDING AGAMA LAIN
Sumber :http://pusatislam.eng.usm.my
JADI MARTABAT WANITA ADALAH TINGGI DI SISI ISLAM BERBANDING AGAMA LAIN
Sumber :http://pusatislam.eng.usm.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan