Nur dicipta oleh Allah,
Hamba Ilahi paling taat,
Tugasan diperintah tanpa keluh,
Mailaikat makhluk yang taat.
Syurga tempat yang abadi,
Malaikat hamba yang selayaknya,
Patuh pada suruhan Illahi,
Setiap malaikat punyai kelebihannya.
Percaya
dan beriman kepada Malaikat adalah merupakan rukun Iman Yang Kedua.
Malaikat itu adalah hamba
Allah yang sangat taat akan perintah Allah. Di jadikan daripada ‘NUR’ ataupun
Cahaya. Tidak ada jantina samada lelaki,perempuan ataupun hunsa. Malaikat juga
tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan juga tidak berkahwin. Bilangan
Malaikat itu sangatlah banyak dan tidak dinyatakan dengan jelas cuma Yang wajib
kita percayai dan beriman dengannya adalah sebanyak 10 sahaja.
Nama-nama Malaikat dan
tugasannya.
1. Jibril/Jibrail tugasnya
menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah
2. Mikail - menurun rezeki /
hujan
3. Israfil - meniup
sangkakala bila hari hendak Kiamat
4. Izrail -
mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut)
5. Munkar 6. Nakir - menyoal
mayat dalam kubur. 7 langkah sahaja orang hidup meninggalkan kubur yg baru
ditanam lalu datanglah malaikat berdua ini
7. Raqib - menulis dan
mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan)
8. ‘Atid - menulis dan mencatat
amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri)
9. Ridhuan - menjaga pintu
syurga
10. Malek - menjaga pintu
neraka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan