Jumaat, 9 Mac 2012

ANUGERAH KERLIPAN EMAS

KERLIPAN MEMBAWA SEJUTA PENAWAR

 Madu adalah suatu titisan emas yang memberi sejuta panorama memberi dengan  kebaikan kepada manusia. Dari debunga yang dibawa oleh lelebah terbang ke sarang . Lebah memproses debunga  yang diambil dari bebunga yang pelbagai warna dan terbang jauh untk menghasilkan madu.


 Pelbagai  kajian saintifik  telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Malah , madu lebah telah terbukti melalui al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, maupun kesehatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
Rasulullaah SAW, bersabda :
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.


Malahan Rasullulah SAW mengamalkan madu dalam diet hariannya.Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Dalam al-Qur’an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjaga kesihatan.

Sumber: http://azzahracomunity.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan