Isnin, 19 Mac 2012

CANDA-BERCANDA





Pabila pemadam memadam kesilapan,
Pensil mencoret perkara baru,
Setiap insan melakukan kesilapan,
Setiap hari berlaku perkara baru.

Patah ranting berganti tunas,
Patah hati siapa yang tahu,
Pabila rasa cinta bertunas,
Cinta pada Illahi semua tahu.


Ilham sukma belaian impian,
Terbit mentari cita-cita,
Usaha untuk menunai impian,
Disulami dengan niat usaha.

Pabila burung bercanda ria,
Pabila dedaun jatuh melayu,
Pabila hati bercanda suka,
Pasti ada sukma berduka.

Tenang-tenang lopak air,
Jangan disangaka tenang sahaja,
Hari-hari hati berair,
Pabila terjatuh bangun semula.

Ilham : persona bayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan